Friday, December 2, 2011

KEKASIHKU


Nak share tentang KEKASIHKU aku ? (aku tulis huruf besar ni sebab aku terlampau sayang sangat kat dia) . Pengasih dan penyayang sifat dia . Betul ni tak tipu yerr ! Pure cintalah katakan , hehe .. apa taknya , masa aku susah mintak tolong je pada dia . Sure akan datang bantuan .. bila mengadu kat dia .. terasa PEACE semacam jer .. so , memang surelah KEKASIHKAN ?! Ishh .. berutung betul dapat kekasih macam ni .. tak pernah nak sakitkan hati aku .

Bila² masa jer .. aku boleh contact dia .. yang seronok tuu .. sebab memang betul² rasa dia tuu dekat di hati ni ! Yelahkan , cinta punya pasal . Dia tak kesah pon .. kalau aku tak ingat kat dia , rugilah aku .. sebab kalau aku ingat , dan aku contact dia .. sure macam² aku dapat .. tak kiralah material ker , spirintual ker .. emm , memang KEKASIH SEJATI tuu . Biler aku rindu kat dia .. baca je surat² yang dia bagi . Macam² nasihat yang ada kat dalam tuu .. siap bagi example lagi , nak suruh fahamlah katakan .. sebelum tuu aku pernah gak frust cinta .. memang sedih la masa tuu , yelah cinta bagaikan nak rak .. tetiba clash macam tuu jerr .

Tapi KEKASIH aku yang ni lain . Dia tak pernah kisah pon ngan cinta lama aku tuu .. siap bagi semangat lagi .. dia takde cemburu pon .. cuma aku jer yang cemburu kat dia . Punyalah ramai peminat yang jatuh cinta kat dia .. so , aku pon kenalah usaha betul² . Kata omputeh , ''what we give , we get back'' .. so , kalau usaha aku lebih sikit .. aku akan dapat lebih la kan ! Haa .. lagi satu KEKASIH aku ni baik sesangat .. PERFECT ! Tuu yang kekadang bile jer tengah malam area jam 3-4 pagi .. kalau aku terjaga sure aku contact dia .. aku siap nangis² lagi . Nak uat camner aku rindu giler kat dia . SESANGAT RINDU !! Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya .. millionaire , billionaire .. dan entah nyer apa lagi .. aku pon tak kuasa nak sebutnya .

PEMURAH pulak tuu .. semua keperluan hidup aku dia yang support . Caya tak ?! Free of charges .. tapi aku tak sedap hati , mestilah kena hargai apa yang dia bagi tuu kan ! Mama aku kata , ''kalau orang dah bagi .. suka ker , tak suka ker .. ambil jer laa , pastu pandai² lah balas budi .'' itu yang aku sanggup berkorban apa saja tuu .. cheewah ! Dia suruh aku belajar bersungguh² .. kalau boleh aku nak belajar semua ilmu . Sabab KEKASIH aku ni memang cerdik + bijak + pandai + genius etc .. dia kata tanpa ilmu semua amal yang aku buat sia² saja .. dia pon bertambah sayang la kat aku kalau aku rajin belajar .

Sebenarnya , aku malu nak cakap benda ni .. emm , sebenarnya aku belum perah jumpa dia .. tapi aku dah rasa rindu sesangat kat dia , tak tahu nak cakap camner .. lagi pon aku belum bersedia la .. tapi KEKASIH aku ni dah janji suatu hari nanti aku pasti jumpa ngan dia . Sekarang ni pon aku tengah menghitung harta la ni .. tapi kecut perut jugak , TAKUT ! Aku mesti prepare awal² daripada surat² dia yang ada tuu . Aku taw apa yang dia suka , apa yang dia tak suka . Tentulah aku nak benda yang dia suka .. so , dia bertambah sayang lah kat aku ni kan ? Takpe larr berkorban sekarang , sebab dia dah janji .. sape² yang dia sayang , dia akan bagi HADIAH SPECIAL yang aku tak pernah berfikir pon .. ishhh , rindu sesangat dah ni .. kekasihku .. aku berjanji untuk pertahankan cinta suci ni .. walau nyawa dikorban , walau kita tak pernah bersua .. aku tetap bahagia .. itulah KEKASIHKU ALLAH SWT . Cinta yang satu , cinta teragung . =')

~,~ Thanks For The Reading . Like Kalo Suka ♥ .

Sunday, August 21, 2011

APA ITU CINTA MONYET ??


     Jatuh cinta pada ketika usia muda belia , terutama bagi pelajar-pelajar di sekolah menengah adalah dikatakan CINTA MONYET .

     Cinta sesama pelajar merupakan peringkat percubaan untuk menguji perasaan sendiri . Ada yang berkata tak kurang pula yang memendam perasaan sendiri . Tanda-tanda cinta ialah ingin selalu bersama , kalau boleh sepanjang masa .

     Adengan dua kali ini membuatkan guru menjadi cemas , orang tua kita bimbang , teman-teman menjadi cemburu . Lantas timbullah tuduhan yang bukan-bukan bila terserempak dengan pelajar yang dikatakan itu . Ada pihak menyatakan percintaan di kalangan pelajar sesuatu yang wajar ada juga yang berpendapat bahawa percintaan itu bakal menggelapkan masa depan .

     CINTA MONYET ini ialah yang menjadi kebimbangan para guru berpunca daripada beberapa contoh yang mereka lihat terutama di kalangan pelajar yang prestasi pelajarannya semakin merosot . Tidak salah rasanya guru menyuarakan pendapat kerana mereka rasa bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi bimbangannya .

     Biasanya keadaan ini kurang di sedari ibu bapa kerana kebanyakkan masa pelajar dihabiskan di sekolah . Ibu bapa tidak berharap agar anaknya pulang membawa cinta . Di sini kita boleh lihat bagaimana kedua orang tua bersusah payah menghantar anda ke sekolah yang menjadikan anda anak yang baik , pintar dan berjaya . Bagaimana perasaan mereka jika mengetahui kamu ke sekolah hanya untuk berfoya-foya dengan kekasih ? Dalam hal ini tidak adil rasanya anda menyakiti perasaan ibu bapa anda .

     Lebih baik jangan teruskan pelajaran anda jika cinta mengugat pelajaran . Anda hanya membuang masa , tenaga dan wang ibu bapa anda denga sia-sia saja . Dan jika anda ingin untuk berumah tangga dan berkeluarga , lebih baik berterus terang tidak sakit mata guru dan tidak sakit mata ibu bapa anda melihat pelajaran anda terkandas ditengah jalan .

Ampun dan maaf di pinta ,
Andai ada yang terasa . (=

~,~ Thanks For The Reading . Like Kalo Suka ♥ .

Thursday, June 16, 2011

BUKAN SOAL CINTA YANG JUJUR, TAPI KEJUJURAN DALAM BERCINTA !



Kejujuran Membuktikan Ikatan yang Kukuh 
Jangan gemar menyalahkan cinta apabila berlaku kecurangan dalam perhubungan . Akibatnya muncullah kata-kata yang sering menuding jari kepada Cinta , seolah cinta ini telah menjebakkan diri manusia ke arah kehinaan dan keburukkan. Lahirnya istilah ‘Cinta itu Buta’ bukanlah kerana Cinta itu bersalah , tetapi pemilik cinta itu yang menyalah-gunakannya .

Jangan salahkan topi keledar yang tidak sempurna jika berlaku kemalangan , tapi salahkan juga pemandu yang membonceng motosikal akibat kelalaian dan ketidak-patuhannya kepada prinsip dan peraturan jalan raya .

Sedang CINTA itu datangnya dari ALLAH taala , mana mungkin natijahnya akan membuahkan keburukkan .

Kalau lembu dan kerbau itu diikat dengan tali agar ia tidak lari , namun manusia diikat dengan janji agar dia tidak pergi . Ikatan yang kuat adalah ikatan yang tanpa adanya tali namun ia tetap kukuh dan setia . Kejujuran adalah tali yang paling utuh ikatannya .

Orang beragama ISLAM apabila cinta akan TUHAN-nya , dia mudah patuh kepada Penciptanya . Selagi hamba itu Jujur dengan TUHAN , selagi itu TUHAN tidak perlu risau akannya kerana DIA tahu hambanya tidak akan lari daripadanya . Orang yang berpaling daripada TUHAN adalah orang yang sudah hilang nilai kejujurannya , kerana tali kejujuran yang mengikatnya dengan TUHAN telahpun terputus .

Ibarat Unta liar yang dipelihara oleh pengembala , menunggu masa jika tali terputus dan dileraikan ikatannya , dia akan lari sejauh-jauhnya .

Orang bertanya : Mengapa selalu berlaku putus cinta di pertengahan ’ jalan (hubungan) ? jawabnya mudah sahaja . Selagi tidak ada nilai kejujuran dalam percintaan, bercintalah dengan sesiapa pun , ia akan mudah terputus . Sesuatu yang tidak diikat , ia akan lari samada dengan sengaja atau dilarikan atau berlari sendiri .

Sampan atau kapal yang tidak diikat , akan dilarikan oleh ombak dan tiupan angin . Tidak kiralah sebesar mana sekalipun kapal itu , waimma TITANIC sekalipun , jika tiada tali yang mengikat ia akan lari , paling kurangpun diletakkan sauh yang berat .

Kalaulah sampan yang kecil itupun perlu diikat dengan tali , mengapa tidak Cinta yang mempunyai nilai besar tidak diikat dengan tali kejujuran ?

Pendek kata , talinya mesti kukuh . Kukuhnya tali ikatan adalah dengan aspek Kejujuran .

Anda jangan perlu risau atau bimbang atau gusar atau khuatir atau segala macam ketakutan jika orang yang anda Cintai bersikap jujur dengan anda . Sejauh mana sekalipun anda dipisahkan dengannya jika Jujur adalah pengikat janji , dia akan terus setia .

Bagaimana ingin jujur dalam bercinta ? Jawabnya : Jangan dan usah berbohong!

Bagaimana pula jika mahu Jujur dengan TUHAN ? Jawabnya : jangan bohongi DIA , kalau disuruh anda Sembahyang , sembahyanglah . Jika sudah terbukti kata-NYA HARAM , jauhilah . Mengikut kata orang atau sesiapa yang anda cintai adalah sebahagian daripada kejujuran .

Contohnya : ‘Imah, bila abang keluar out-station nanti , jaga anak kita elok-elok ya . Jangan keluar rumah jika tak ada kepentingan’
‘Baiklah abang!’ (Jika Imah tidak cintakan suaminya , pasti dia akan mengabaikan kata-kata atau pesan suaminya . Keluar rumah dan enjoy dengan lelaki lain . Tetapi Imah seorang isteri yang jujur disebabkan cinta yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya)

Lagi ,
‘Kalau Nurul sayangkan abang , Nurul mesti kuat ya. Hidup mesti diteruskan!’
‘Abang jangan cakap macam tu , Nurul sayangkan abang , Nurul akan ingat pesan abang sampai bila-bila’(Nurul menangis)

Pendek kata : SAYANG dan CINTA ITU IKATANNYA adalah KEJUJURAN . Hilangnya Kejujuran , maka hilang juga cinta .

Saat Menilai CINTA
Cinta tidak boleh diukur dengan mudah . Kayu pengukurnya bukanlah seperti mengukur kayu iaitu pembaris . Kalaulah cinta itu boleh diukur dengan pembaris , siapa yang paling panjang cintanya dialah paling bahagia .

Masa juga tidak boleh mengukur cinta.  Panjangnya masa bercinta belum cukup untuk membuktikan cinta itu sudah berjaya , mati akan memotong nilai masa . Apabila sudah mati , bagaimana pula mahu menilai cinta ? Adakah perlu mencari cinta yang baru ?

Cinta itu bukanlah berpegang-pegangan tangan , tetapi cinta walaupun tidak berpegangan tangan ia tetap boleh berlaku , dengan syarat mesti ada kejujuran . Lalu , mengapa perlu berpegangan tangan jika sudah tahu HARAM ?

Akhirnya , kita mesti akui bahawa, cinta sejati hanya boleh diukur dengan bukti kejujuran . Kejujuran adalah segala-galanya dalam percintaan . Kerana jujurnya ikatan antara Laila dan Majnun sehingga kini nama mereka disebut-sebut sebagai pasangan cinta yang agung .

Anggaplah tali kejujuran ini seperti Ihsan yang pernah disebutkan oleh Nabi saw dalam sabdanya : ‘kamu beribadah seolah-olah kamu melihat DIA , jika tidak dapat melihat DIA , sesungguhnya DIA melihat kamu’

Kamu bercinta ini , seperti kamu sentiasa diperhatikan oleh orang yang kamu cintai . Sepanjang masa tidak melakukan apa yang tidak disukai olehnya . Dan setiap masa hanya melakukan perkara yang boleh memberikan gembira di hatinya . Kalau si Dia yang dicintai sentiasa di sisi dan melihat gerak laku kita , mana mungkin kita mahu merosakkan nilai cinta dengan berbohong .

Terasa sentiasa dilihat dan melihatnya , adalah tali-tali kejujuran yang akan mengawasi dan mengawal kita .

Kalau polis sentiasa melihat anda , mahu mencurikah ?

Kenapa Mudah Berpaling Tadah ?

Saya menambah lagi tentang kayu ukur cinta . Lafaz di mulutpun belum cukup untuk menjadi kayu ukurnya . Mulut ini kadangkala bisa menipu . Lalu , kejujuran mesti dinyatakan dengan hasrat hati dan perbuatan yang melaksanakannya .

Jika mulut sudah melafazkan cinta , hati mesti mengakuinya dengan keazaman supaya bukti lafaz cinta itu (kejujuran) dapat dilaksanakan oleh pemilik cinta .

Cinta yang jujur adalah cinta yang tidak akan berpaling tadah . Sama sepertinya seorang hamba yang setia kepada tuannya . Kerana apabila dia memberikan khidmat (cinta) kepada tuannya dia yakin dia juga akan mendapat upah (cinta) daripada tuannya . Dia tidak akan berpaling tadah selagi pemberiannya (khidmat) sentiasa mendapat balasan (cinta) .

Kejujuran tidak boleh dimeterai hanya sebelah pihak , ia mesti mempunyai konsep MEMBERI dan MEMBALAS . Jika salah satu dirosakkan dengan pembohongan ia akan musnah .

CINTA beerti memberi , semakin banyak memberi cinta semakin banyak kita mendapat cinta . Semakin banyak anda membuktikan kejujuran semakin tinggi nilai kejujuran yang akan anda dapat dan perolehi daripada orang yang anda cintai .


Bersikap JUJUR-lah dalam percintaan , kerana ia adalah nyawa dalam perhubungan .


Buang dan jauhilah pembohongan kerana ia adalah duri perosak kepada perhubungan . (;


~,~ Thanks For The Reading , Like Kalo Suka ♥.

Wednesday, June 15, 2011

JUJUR DALAM BERCINTA



Jangan cemarkan kasih dengan pelbagai permintaan .

Tidak mudah untuk setia kepada pasangan . Tetapi tidak bermakna anda tidak boleh berlaku setia sekiranya dia memang anda sayangi dan dia amat menyayangi anda .
Cinta adalah modal utama dalam hubungan antara suami isteri . Namun dengan cinta semata-mata , jalinan kasih tentu tidak mampu bertahan lama . Pasangan juga harus memiliki kesetiaan , saling memahami dan hidup penuh kasih sayang sepanjang hayat .
Jadi , bagaimana memastikan kesetiaan itu ? Perhatikan petua berikut yang mungkin boleh dijadikan pedoman :

~ Tanpa imbalan 
Cinta adalah ketulusan hati justeru tidak perlu mengharapkan yang bukan-bukan demi kesenangan sendiri daripada cinta itu .
Misalnya , jangan berharap dengan mencintai pasangan , anda sering mahukan perhatian yang lebih atau berharap pasangan tidak melakukan kesalahan . Semua itu hanya akan menyakiti hati anda .

~ Jangan banyak permintaan
Jangan cemarkan cinta dengan pelbagai permintaan . Sebaliknya , belajar untuk selalu memberi yang terbaik kepada orang lain termasuk kepada pasangan melalui cinta anda . Hanya dengan cinta tulus , semua itu dapat diwujudkan .
Terlalu banyak meminta hanya akan berakhir pada kepentingan peribadi sehingga tidak mampu menambahkan kematangan dalam hubbungan .
Malah mungkin mampu menghancurkan jalinan kasih anda .

~ Jangan takut dikecewakan
Mungkin ini sangat sukar dilakukan . Biasanya , setiap orang selalu menghindari rasa kecewa dan ingin hidup senang tanpa sebarang halangan . Untuk tetap setia kepada cinta , jangan takut dikecewakan .
Pasti sesekali ada pertengkaran kecil yang membuatkan hati terluka namun jangan takut kerana ia dapat mendewasakan diri daripada kekecewaan kecil sebegitu .
Apabila anda sudah mampu menghadapi situasi sukar ini , anda tetap akan setia terhadap cinta .

~Jadilah penghibur yang baik
Tempat cinta adalah hati . Bila hati sedang terluka , seseorang memerlukan hiburan . Begitu pula bila hati pasangan sedang berduka , hiburkan dia . Cinta anda akan menggerakkan diri untuk menghidurkan dan menjadi penguat semangat untuk si dia .

~ Fahami sepenuh hati 
Manusia tidak selalu berada dalam situasi yang mudah . Pasangan mungkin dalam kekecewaan , muram , putus asa atau gagal .
Justeru , anda harus memahami hati pasangan dengan sepenuh hati tetapi bukan memburukkan lagi perasaannya . Misalnya anda merungut mengenai kegagalannya . Jauhkan diri anda daripada bersikap sedemikian .
Jika anda cuba memahami hatinya , pasangan akan lebih mencinta .

~ Bersyukur
Jangan mengeluh dan mengumpat apabila anda gagal , berduka atau kecewa . Ucapan syukur atas kurniaan itu dan penuhi hari dengan pelbagai pengalaman hidup .
Bersyukur akan membuatkan anda tetap setia dalam cinta . Kekuatan hidup akan membuat jiwa anda kerdil . Sebaliknya , anda akan semakin tabah dan hubungan kasih dengan pasangan akan semakin kukuh . (;

~,~ Thanks For The Reading , Like Kalo Suka ♥ .

Sunday, March 13, 2011

APAKAH MAKSUD CINTA ITU SEBENARNYA ?





Jika kita mencintai seseorang , kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita .
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan , dua tangan untuk memegang , dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat . Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya . Itulah Cinta . 
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba . Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup . Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi , jika kamu masih tidak dapat melupakannya .Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan , walaupun mereka telah dikecewakan . Kepada mereka yang masih percaya , walaupun mereka telah dikhianati . Kepada mereka yang masih ingin mencintai , walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan .Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya . INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!” . Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat , kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut .Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis , debu menjadi emas , keruh menjadi hening , sakit menjadi sembuh , penjara menjadi telaga , derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat . Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu , tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya . Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis , ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah . Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut , tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari . Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu , hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi . Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati , sehingga kamu kehilangannya . Pada saat itu , tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi . Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya . Kisah silam tidak perlu diungkit lagi , kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati . Hati-hati dengan cinta , kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit , orang gemuk menjadi kurus , orang normal menjadi gila , orang kaya menjadi miskin , raja menjadi budak , jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU . Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya . Cinta kepada harta ertinya bakhil , cinta kepada perempuan ertinya alam , cinta kepada diri ertinya bijaksana , cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa . Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut , pasti ia akan membawa seekor ikan . Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti , pasti ia akan mati kelaparan . Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih , dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing . Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki . Tetapi jika ianya pahit , lupakanlah segera !! Siapapun pandai menghayati cinta , tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar , sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan . Cinta mampu melunakkan besi , menghancurkan batu , membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin . Inilah dahsyatnya cinta . Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan . Jika tidak , kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya . Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta . Namun apabila sampai saatnya itu , raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya . Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya . Bercinta memang mudah , untuk dicintai juga memang mudah . Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh . Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan , lebih baik cinta itu tak pernah hadir . (;

~,~ Thanks For The Reading , Like Kalo Suka ♥ .

Followers