Sunday, August 21, 2011

APA ITU CINTA MONYET ??


     Jatuh cinta pada ketika usia muda belia , terutama bagi pelajar-pelajar di sekolah menengah adalah dikatakan CINTA MONYET .

     Cinta sesama pelajar merupakan peringkat percubaan untuk menguji perasaan sendiri . Ada yang berkata tak kurang pula yang memendam perasaan sendiri . Tanda-tanda cinta ialah ingin selalu bersama , kalau boleh sepanjang masa .

     Adengan dua kali ini membuatkan guru menjadi cemas , orang tua kita bimbang , teman-teman menjadi cemburu . Lantas timbullah tuduhan yang bukan-bukan bila terserempak dengan pelajar yang dikatakan itu . Ada pihak menyatakan percintaan di kalangan pelajar sesuatu yang wajar ada juga yang berpendapat bahawa percintaan itu bakal menggelapkan masa depan .

     CINTA MONYET ini ialah yang menjadi kebimbangan para guru berpunca daripada beberapa contoh yang mereka lihat terutama di kalangan pelajar yang prestasi pelajarannya semakin merosot . Tidak salah rasanya guru menyuarakan pendapat kerana mereka rasa bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi bimbangannya .

     Biasanya keadaan ini kurang di sedari ibu bapa kerana kebanyakkan masa pelajar dihabiskan di sekolah . Ibu bapa tidak berharap agar anaknya pulang membawa cinta . Di sini kita boleh lihat bagaimana kedua orang tua bersusah payah menghantar anda ke sekolah yang menjadikan anda anak yang baik , pintar dan berjaya . Bagaimana perasaan mereka jika mengetahui kamu ke sekolah hanya untuk berfoya-foya dengan kekasih ? Dalam hal ini tidak adil rasanya anda menyakiti perasaan ibu bapa anda .

     Lebih baik jangan teruskan pelajaran anda jika cinta mengugat pelajaran . Anda hanya membuang masa , tenaga dan wang ibu bapa anda denga sia-sia saja . Dan jika anda ingin untuk berumah tangga dan berkeluarga , lebih baik berterus terang tidak sakit mata guru dan tidak sakit mata ibu bapa anda melihat pelajaran anda terkandas ditengah jalan .

Ampun dan maaf di pinta ,
Andai ada yang terasa . (=

~,~ Thanks For The Reading . Like Kalo Suka ♥ .

Followers