Thursday, June 16, 2011

BUKAN SOAL CINTA YANG JUJUR, TAPI KEJUJURAN DALAM BERCINTA !



Kejujuran Membuktikan Ikatan yang Kukuh 
Jangan gemar menyalahkan cinta apabila berlaku kecurangan dalam perhubungan . Akibatnya muncullah kata-kata yang sering menuding jari kepada Cinta , seolah cinta ini telah menjebakkan diri manusia ke arah kehinaan dan keburukkan. Lahirnya istilah ‘Cinta itu Buta’ bukanlah kerana Cinta itu bersalah , tetapi pemilik cinta itu yang menyalah-gunakannya .

Jangan salahkan topi keledar yang tidak sempurna jika berlaku kemalangan , tapi salahkan juga pemandu yang membonceng motosikal akibat kelalaian dan ketidak-patuhannya kepada prinsip dan peraturan jalan raya .

Sedang CINTA itu datangnya dari ALLAH taala , mana mungkin natijahnya akan membuahkan keburukkan .

Kalau lembu dan kerbau itu diikat dengan tali agar ia tidak lari , namun manusia diikat dengan janji agar dia tidak pergi . Ikatan yang kuat adalah ikatan yang tanpa adanya tali namun ia tetap kukuh dan setia . Kejujuran adalah tali yang paling utuh ikatannya .

Orang beragama ISLAM apabila cinta akan TUHAN-nya , dia mudah patuh kepada Penciptanya . Selagi hamba itu Jujur dengan TUHAN , selagi itu TUHAN tidak perlu risau akannya kerana DIA tahu hambanya tidak akan lari daripadanya . Orang yang berpaling daripada TUHAN adalah orang yang sudah hilang nilai kejujurannya , kerana tali kejujuran yang mengikatnya dengan TUHAN telahpun terputus .

Ibarat Unta liar yang dipelihara oleh pengembala , menunggu masa jika tali terputus dan dileraikan ikatannya , dia akan lari sejauh-jauhnya .

Orang bertanya : Mengapa selalu berlaku putus cinta di pertengahan ’ jalan (hubungan) ? jawabnya mudah sahaja . Selagi tidak ada nilai kejujuran dalam percintaan, bercintalah dengan sesiapa pun , ia akan mudah terputus . Sesuatu yang tidak diikat , ia akan lari samada dengan sengaja atau dilarikan atau berlari sendiri .

Sampan atau kapal yang tidak diikat , akan dilarikan oleh ombak dan tiupan angin . Tidak kiralah sebesar mana sekalipun kapal itu , waimma TITANIC sekalipun , jika tiada tali yang mengikat ia akan lari , paling kurangpun diletakkan sauh yang berat .

Kalaulah sampan yang kecil itupun perlu diikat dengan tali , mengapa tidak Cinta yang mempunyai nilai besar tidak diikat dengan tali kejujuran ?

Pendek kata , talinya mesti kukuh . Kukuhnya tali ikatan adalah dengan aspek Kejujuran .

Anda jangan perlu risau atau bimbang atau gusar atau khuatir atau segala macam ketakutan jika orang yang anda Cintai bersikap jujur dengan anda . Sejauh mana sekalipun anda dipisahkan dengannya jika Jujur adalah pengikat janji , dia akan terus setia .

Bagaimana ingin jujur dalam bercinta ? Jawabnya : Jangan dan usah berbohong!

Bagaimana pula jika mahu Jujur dengan TUHAN ? Jawabnya : jangan bohongi DIA , kalau disuruh anda Sembahyang , sembahyanglah . Jika sudah terbukti kata-NYA HARAM , jauhilah . Mengikut kata orang atau sesiapa yang anda cintai adalah sebahagian daripada kejujuran .

Contohnya : ‘Imah, bila abang keluar out-station nanti , jaga anak kita elok-elok ya . Jangan keluar rumah jika tak ada kepentingan’
‘Baiklah abang!’ (Jika Imah tidak cintakan suaminya , pasti dia akan mengabaikan kata-kata atau pesan suaminya . Keluar rumah dan enjoy dengan lelaki lain . Tetapi Imah seorang isteri yang jujur disebabkan cinta yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya)

Lagi ,
‘Kalau Nurul sayangkan abang , Nurul mesti kuat ya. Hidup mesti diteruskan!’
‘Abang jangan cakap macam tu , Nurul sayangkan abang , Nurul akan ingat pesan abang sampai bila-bila’(Nurul menangis)

Pendek kata : SAYANG dan CINTA ITU IKATANNYA adalah KEJUJURAN . Hilangnya Kejujuran , maka hilang juga cinta .

Saat Menilai CINTA
Cinta tidak boleh diukur dengan mudah . Kayu pengukurnya bukanlah seperti mengukur kayu iaitu pembaris . Kalaulah cinta itu boleh diukur dengan pembaris , siapa yang paling panjang cintanya dialah paling bahagia .

Masa juga tidak boleh mengukur cinta.  Panjangnya masa bercinta belum cukup untuk membuktikan cinta itu sudah berjaya , mati akan memotong nilai masa . Apabila sudah mati , bagaimana pula mahu menilai cinta ? Adakah perlu mencari cinta yang baru ?

Cinta itu bukanlah berpegang-pegangan tangan , tetapi cinta walaupun tidak berpegangan tangan ia tetap boleh berlaku , dengan syarat mesti ada kejujuran . Lalu , mengapa perlu berpegangan tangan jika sudah tahu HARAM ?

Akhirnya , kita mesti akui bahawa, cinta sejati hanya boleh diukur dengan bukti kejujuran . Kejujuran adalah segala-galanya dalam percintaan . Kerana jujurnya ikatan antara Laila dan Majnun sehingga kini nama mereka disebut-sebut sebagai pasangan cinta yang agung .

Anggaplah tali kejujuran ini seperti Ihsan yang pernah disebutkan oleh Nabi saw dalam sabdanya : ‘kamu beribadah seolah-olah kamu melihat DIA , jika tidak dapat melihat DIA , sesungguhnya DIA melihat kamu’

Kamu bercinta ini , seperti kamu sentiasa diperhatikan oleh orang yang kamu cintai . Sepanjang masa tidak melakukan apa yang tidak disukai olehnya . Dan setiap masa hanya melakukan perkara yang boleh memberikan gembira di hatinya . Kalau si Dia yang dicintai sentiasa di sisi dan melihat gerak laku kita , mana mungkin kita mahu merosakkan nilai cinta dengan berbohong .

Terasa sentiasa dilihat dan melihatnya , adalah tali-tali kejujuran yang akan mengawasi dan mengawal kita .

Kalau polis sentiasa melihat anda , mahu mencurikah ?

Kenapa Mudah Berpaling Tadah ?

Saya menambah lagi tentang kayu ukur cinta . Lafaz di mulutpun belum cukup untuk menjadi kayu ukurnya . Mulut ini kadangkala bisa menipu . Lalu , kejujuran mesti dinyatakan dengan hasrat hati dan perbuatan yang melaksanakannya .

Jika mulut sudah melafazkan cinta , hati mesti mengakuinya dengan keazaman supaya bukti lafaz cinta itu (kejujuran) dapat dilaksanakan oleh pemilik cinta .

Cinta yang jujur adalah cinta yang tidak akan berpaling tadah . Sama sepertinya seorang hamba yang setia kepada tuannya . Kerana apabila dia memberikan khidmat (cinta) kepada tuannya dia yakin dia juga akan mendapat upah (cinta) daripada tuannya . Dia tidak akan berpaling tadah selagi pemberiannya (khidmat) sentiasa mendapat balasan (cinta) .

Kejujuran tidak boleh dimeterai hanya sebelah pihak , ia mesti mempunyai konsep MEMBERI dan MEMBALAS . Jika salah satu dirosakkan dengan pembohongan ia akan musnah .

CINTA beerti memberi , semakin banyak memberi cinta semakin banyak kita mendapat cinta . Semakin banyak anda membuktikan kejujuran semakin tinggi nilai kejujuran yang akan anda dapat dan perolehi daripada orang yang anda cintai .


Bersikap JUJUR-lah dalam percintaan , kerana ia adalah nyawa dalam perhubungan .


Buang dan jauhilah pembohongan kerana ia adalah duri perosak kepada perhubungan . (;


~,~ Thanks For The Reading , Like Kalo Suka ♥.

Wednesday, June 15, 2011

JUJUR DALAM BERCINTA



Jangan cemarkan kasih dengan pelbagai permintaan .

Tidak mudah untuk setia kepada pasangan . Tetapi tidak bermakna anda tidak boleh berlaku setia sekiranya dia memang anda sayangi dan dia amat menyayangi anda .
Cinta adalah modal utama dalam hubungan antara suami isteri . Namun dengan cinta semata-mata , jalinan kasih tentu tidak mampu bertahan lama . Pasangan juga harus memiliki kesetiaan , saling memahami dan hidup penuh kasih sayang sepanjang hayat .
Jadi , bagaimana memastikan kesetiaan itu ? Perhatikan petua berikut yang mungkin boleh dijadikan pedoman :

~ Tanpa imbalan 
Cinta adalah ketulusan hati justeru tidak perlu mengharapkan yang bukan-bukan demi kesenangan sendiri daripada cinta itu .
Misalnya , jangan berharap dengan mencintai pasangan , anda sering mahukan perhatian yang lebih atau berharap pasangan tidak melakukan kesalahan . Semua itu hanya akan menyakiti hati anda .

~ Jangan banyak permintaan
Jangan cemarkan cinta dengan pelbagai permintaan . Sebaliknya , belajar untuk selalu memberi yang terbaik kepada orang lain termasuk kepada pasangan melalui cinta anda . Hanya dengan cinta tulus , semua itu dapat diwujudkan .
Terlalu banyak meminta hanya akan berakhir pada kepentingan peribadi sehingga tidak mampu menambahkan kematangan dalam hubbungan .
Malah mungkin mampu menghancurkan jalinan kasih anda .

~ Jangan takut dikecewakan
Mungkin ini sangat sukar dilakukan . Biasanya , setiap orang selalu menghindari rasa kecewa dan ingin hidup senang tanpa sebarang halangan . Untuk tetap setia kepada cinta , jangan takut dikecewakan .
Pasti sesekali ada pertengkaran kecil yang membuatkan hati terluka namun jangan takut kerana ia dapat mendewasakan diri daripada kekecewaan kecil sebegitu .
Apabila anda sudah mampu menghadapi situasi sukar ini , anda tetap akan setia terhadap cinta .

~Jadilah penghibur yang baik
Tempat cinta adalah hati . Bila hati sedang terluka , seseorang memerlukan hiburan . Begitu pula bila hati pasangan sedang berduka , hiburkan dia . Cinta anda akan menggerakkan diri untuk menghidurkan dan menjadi penguat semangat untuk si dia .

~ Fahami sepenuh hati 
Manusia tidak selalu berada dalam situasi yang mudah . Pasangan mungkin dalam kekecewaan , muram , putus asa atau gagal .
Justeru , anda harus memahami hati pasangan dengan sepenuh hati tetapi bukan memburukkan lagi perasaannya . Misalnya anda merungut mengenai kegagalannya . Jauhkan diri anda daripada bersikap sedemikian .
Jika anda cuba memahami hatinya , pasangan akan lebih mencinta .

~ Bersyukur
Jangan mengeluh dan mengumpat apabila anda gagal , berduka atau kecewa . Ucapan syukur atas kurniaan itu dan penuhi hari dengan pelbagai pengalaman hidup .
Bersyukur akan membuatkan anda tetap setia dalam cinta . Kekuatan hidup akan membuat jiwa anda kerdil . Sebaliknya , anda akan semakin tabah dan hubungan kasih dengan pasangan akan semakin kukuh . (;

~,~ Thanks For The Reading , Like Kalo Suka ♥ .

Followers